Tuesday, May 29, 2007

Surabaya 2 : Perbezaan pemandu di Malaysia dengan pemandu di Surabaya

1. Pemandu di Malaysia sentiasa mengikut undang-undang jalanraya
2. Pemandu di Surabaya sentiasa tak mengikut undang-undang

1. Pemandu di Malaysia sangat mudah marah bila memandu
2. Pemandu di Surabaya amatlah sabar dan berhati-hati bila memandu.

1. Di Malaysia , semakin besar CC kereta , semakin anda lebih dihormati di jalan raya. Motor memang mangsa himpitan!
2. Di Surabaya , motorsikal adalah raja! kereta pula jadi mangsa himpitan.

1.Jalan raya di Malaysia, seminggu at least 2 3 kali kita boleh tgk kemalangan.
2. Di Surabaya, nak tgk satu pun susah!

1. Jalan di Malaysia ada had laju di mana-mana saja.
2. Jalan di Surabaya , tiada had laju langsung.

1. Di Malaysia, polis traffik bertugas sebagai pencegah kesesakan lalu lintas atau penyaman orang.
2.Di Surabaya, polis traffik bertugas sebagai penjaga traffic light dan pembawa banner-banner keselamatan . cth banner :'Sila nyalakan lampu motor anda semasa siang hari'.

No comments: